Followers

Thursday 12 March 2015

Perkampungan KPY 2015

Bismillahirrahmanirrahim.. Allahumma Solli a’la Saiyidina Muhammad..
Assalamualaikum wbt…Alhamdulillah setinggi-tinggi kita panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana telah memberi kita peluang untuk berpijak di muka bumi Allah lagi, Diberi peluang untuk menikmati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita pada hari ini dan untuk hari-hari seterusnya.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat pimpinan dan ahli-ahli aktif yang terlibat dan memberi komitmen yang jitu dalam menjayakan perkampungan KPY 2015 yang dianjurkan oleh Majlis Tertinggi KPY bertempat bilik Tayangan, DKF 1.2 FKP USIM pada Sabtu (7/3/2015) dan Ahad (8/3/2015).
Hari pertama Sabtu (7/3/2015) iaitu dengan slot “ice Breaking” yang dipimpin oleh salah seorang ahli alumni kpy. Alhamdulillah banyak ilmu dan ternik-teknik baru untuk mengendalikan LDK yang dikongsikan bersama beliau.








Hari kedua dimulakan dengan slot komunikasi berkesan iaitu sambungan daripada aktiviti semalam 7/3/2015.

                                    










Slot kedua di hari kedua perkampungan Kelab Penyayang Usim 8/3/2015 menampilkan jemputan khas mantan mpp usim sesi 2013/2014 saudari Nurul Syakirin Ahmad Najid & saudari Reyhan Nasier...membincangkan tajuk pelaksanaan & keberkesanan gerak kerja yang terancang.








Slot terakhir program perkampungan Kelab Penyayang Usim 8/3/2015...Slot ini telah di conduct oleh mantan Nadi Thaqafah Fpbu iaitu saudara Naim Selangor...dengan membincangkan tajuk budaya sentiasa bersedia.






Objektif Perkampungan KPY
1. Tujuan utama perkampungan ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhwah antara kita sesama pimpinan dan ahli-ahli aktif. Ini kerana mereka merupakan batu asas terpenting dalam sesebuah organisasi supaya mampu beroperasi dan bekerjasama dalam merealisasikan misi dan visi KPY itu sendiri. Dengan ukhwah ini kita dapat lihat tiadalah bezanya diantara mereka yang berjawatan tinggi atau berjawatan rendah atau mungkin tidak berjawatan didalam menggerakkan kemudi KPY itu sendiri.
2. Program ini juga diharapkan dapat mencapai matlamat budaya kerja yang terancang dan sistematik melalui panel-panel yang kami tampilkan utk berkongsi pengalaman mereka dalam mengatur sesebuah persatuan supaya bergerak teratur dan lebih terurus. Diharapkan agar KPY terus maju kehadapan dengan sokongan kalian.
3. Moga program ini dapat memberi kesedaran bahawasanya amanah yang dipikul ini adalah amanah yang berat bukan amanah yang hanya " melepaskan batuk ditangga". Sekali kita telah ditaklifkan, kita perlu selesaikan sehingga ke penghujungnya.


Sebuah masyarakat yang melahirkan individu yang lemah, hanya akan menghasilkan sebuah masyarakat yang lemah. Sebaliknya, masyarakat yang terdiri daripada individu-individu yang berkualiti akan mampu melakukan islah dalam ertikata yang sebenar. Inilah sebagaimana yang digambarkan oleh Allah S.W.T dalam firmannya:
"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum melainkan mereka merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Ar- Rad’u : 11)
Dipihak kami memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kekhilafan sepanjang program ini dijalankan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan buruk itu datang daripada diri kami sendiri.
Semoga program ini dapat menaikkan semula semangat kalian di semester baru ini untuk membawa nama KPY ke satu arah yang lebih baik.
Wallahu taala a'lam.