Followers

Tuesday 18 March 2014

Tautan Hati Penyayang ( Bahagian 1 )

Assalamualaikum, Alhamdulillah bersua lagi.

Kali ni Kelab Penyayang USIM telah bertandang Maktab Mahmud Kuala Muda untuk Program Tautan Hati Penyayang. Alhamdulillah program ini telah berjalan lancar dan jayanya. Selama 3 hari 2 malam, pelbagai peristiwa kami dapat kongsi bersama adik adik MMKM. Sejujurnya bagi kami ini adalah program yang paling bermakna bagi kami, terasa seperti isi dengan kuku apabila ukhuwah itu berjaya kami jalinkan. MasyaAllah.

Ketibaan KPY USIM di MMKM
Pada mulanya, ketika tiba di MMKM terasa amat janggal bagi kami. Namun, kemesraan yang ada pada sapaan adik adik MMKM membuatkan kami menjadi lebih sporting. Ketibaan kami yang disambut dengan senyuman di wajah adik adik berbaju batik merah maroon membuatkan kami terasa lebih teruja untuk menjalankan tanggungjawab kami sebagai urusetia dan fasilitator program ini.

Selama 3 hari 2 malam di MMKM, pelbagai program berjaya dilaksanakan bersama adik adik MMKM. Antaranya Sesi "Kerana Dirimu Begitu Berharga" a.k.a "Ice Breaking", "Layar Keinsafan", "One in a Million Night" , "Explorace" , "Gotong Royong" dan banyak lagi. Alhamdulillah semua aktiviti dapat dijayakan dengan lancar. Adik adik dari MMKM sememangnya cukup sporting walaupun kebanyakan puteri puteri MMKM agak malu malu.










Ukhuwah kami juga ditautkan melalui sunnah nabi kita iaitu berkongsi makan dalam talam. Berkongsikan 5 orang dalam satu talam, alhamdulillah, nikmat berkongsi dan bersyukur itu dapat diterapkan dalam kalangan adik adik MMKM. Suapan pertama juga adalah suapan untuk sahabat mereka bagi mengikat ukhuwah sesama adik adik MMKM. 


Akhir sekali, antara part yang akan kami paling ingati ialah ketika sesi post mortem antara fasi bersama para peserta. Sesi yang paling menyentuh perasaan dan paling dramatik bagi kami. Pada sesi itu juga lah kami dapat melihat segala kekurangan kami ketika berprogram di MMKM. InsyaAllah, kisah tersebut akan kami kongsi dalam Tautan Hati Penyayang ( Bahagian 2 ) yang akan datang. =) 

No comments:

Post a Comment