Followers

Sunday 24 November 2013

Program "SENTUHAN KASIH"

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Untuk makluman semua, baru baru ini iaitu 21 November 2013, Khamis, seramai 3 orang wakil dari Kelab Penyayang Usim telah dipilih dan di jemput oleh Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan untuk bersama "Sentuhan Kasih". Tahniah diucapkan kepada Siti Rahmah, Ummu Habibah dan Hanisah Jamil kerana terpilih. Sekali lagi untuk makluman semua, program ini telah diadakan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, Negeri Sembilan. 







Para peserta telah dibawa untuk melawat warga emas yang telah ditempatkan di wad di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban . Antara tujuan dan objektif program ini adalah untuk menyemai lagi sifat kasih sayang terhadap warga emas tanpa mengira kaum. Sebagai seorang insan, sudah tentu kita diciptakan dengan sifat kasih sayang, makanya, gunakanlah sifat yang dianugerahkan sebaik baiknya lebih lebih lagi terhadap kedua ibu bapa kita seperti yang disarankan di dalam al-Quran, Al-Israa':23;
 “ Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya , atau kedua-duanya sekali , sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun)". Al-Israa’:23 




Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan kerana sudi memilih dan menjemput wakil dari KPY USIM untuk turut menjayakan program Sentuhan Kasih ini. InsyaAllah, semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang. Terima kasih. 

”Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya yang mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu, dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).“ Luqman:14 

No comments:

Post a Comment