Followers

Monday 30 December 2013

Salam Imtihan & Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum w.b.t
Salam Penyayang, Salam Imtihan,
Sempena Minggu Peperiksaan ini, kami warga Kelab Penyanyang USIM (KPY USIM) ingin mengucapkan selamat menempuhi peperiksaan akhir semester kepada semua pelajar Universiti Sains Islam Malaysia dan juga pelajar pelajar universiti lain yang turut menghadapi peperiksaan akhir semester. 
Semoga diberi kemudahan & ketenangan semasa menjawab peperiksaan. InsyaAllah.
Remember!!! Knowledge not just for examination but four five six seven eight nine ten till infinity!!! All the best for you guys!!!


Disamping itu, kami dari warga KPY USIM juga ingin mengambil peluang mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014. Semoga tahun 2014 adalah lebih baik daripada tahun 2013 dan semoga segala ibrah dapat diambil daripada hari-hari di sepanjang 2013. :)


p/s: baru sedar yang sem ni ambil masa setahun untuk habiskan final sem exam. kikiki. banyak sangat gap sampai tahun depan baru habis exam. hehe. btw, harapnya bila "banyak sangat" gap tu boleh lah cover balik study yang satu sem tu yek. ;)

Monday 23 December 2013

Majlis Penyerahan Sijil Watikah Perlantikan Kelab Penyayang USIM

Pada 11 Disember 2013 lalu, telah berlangsungnya majlis penyerahan sijil dan watikah perlantikan Kelab Penyayang USIM bagi sesi 2013/2014 di DKF 1.2 FKP. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah dilantik dan selamat menjalankan tugas. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli KPY USIM yang turut menghadiri bagi memeriahkan majlis ini. Tidak lupa juga ucapan beribuan terima kasih kepada YDP USIM, Azmil Abu Seman kerana sudi meluangkan masa bagi majlis perlantikan ini. 








Barisan kepimpinan baru Kelab Penyayang USIM





Rasulullah s.a.w bersabda:”setiap orang di antaramu adalah pemimpin dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya, seorang imam adalah pemimpin atas umatnya, dan dia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas isteri dan keluarganya. (H.R. Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi ). 


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah: Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda: Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu. (H.R. Muslim)


Pesta Konvokesyen USIM kali ke 11

Alhamdulillah pada 28 November hingga 1 Disember yang lalu, Pesta Konvokesyen USIM telah diadakan di hadapan perkarangan Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM. Bersempena dengan pesta konvokesyen itu, Kelab Penyayang USIM tidak melepaskan peluang untuk turut serta membuka booth bagi membuka peluang kepada para pelajar yang berminat untuk mengenali KPY USIM dengan lebih dekat dan mendaftarkan diri sebagai ahli Kelab Penyayang.








Selain pendaftaran, beberapa permainan atau aktiviti ringan juga diadakan bagi menarik perhatian para pengunjung yang datang. Antaranya ialah teka gula-gula dalam botol.


Naib Canselor USIM, juga tidak melepaskan peluang untuk melawat booth KPY USIM bersama Timbalan Naib Canselor. Terima kasih diucapkan kerana sudi melawat booth kami disamping memberikan pelbagai pendapat dan cadangan untuk penambahbaikan kelab ini. Kehadiran para pensyarah bersama ahli keluarga juga amat dihargai bagi turut memeriahkan booth ini. 
























Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada para ahli kelab penyayang yang sporting dan sudi meluangkan masa bagi menjaga booth Kelab Penyayang USIM ketika Pesta Konvokesyen ke 11. InsyaAllah, jumpa lagi di pesta konvokesyen ke 12 pada tahun hadapan! ;)

Sunday 24 November 2013

Program "SENTUHAN KASIH"

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Untuk makluman semua, baru baru ini iaitu 21 November 2013, Khamis, seramai 3 orang wakil dari Kelab Penyayang Usim telah dipilih dan di jemput oleh Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan untuk bersama "Sentuhan Kasih". Tahniah diucapkan kepada Siti Rahmah, Ummu Habibah dan Hanisah Jamil kerana terpilih. Sekali lagi untuk makluman semua, program ini telah diadakan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, Negeri Sembilan. 







Para peserta telah dibawa untuk melawat warga emas yang telah ditempatkan di wad di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban . Antara tujuan dan objektif program ini adalah untuk menyemai lagi sifat kasih sayang terhadap warga emas tanpa mengira kaum. Sebagai seorang insan, sudah tentu kita diciptakan dengan sifat kasih sayang, makanya, gunakanlah sifat yang dianugerahkan sebaik baiknya lebih lebih lagi terhadap kedua ibu bapa kita seperti yang disarankan di dalam al-Quran, Al-Israa':23;
 “ Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya , atau kedua-duanya sekali , sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun)". Al-Israa’:23 




Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan kerana sudi memilih dan menjemput wakil dari KPY USIM untuk turut menjayakan program Sentuhan Kasih ini. InsyaAllah, semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang. Terima kasih. 

”Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya yang mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu, dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).“ Luqman:14 

Wednesday 6 November 2013

Baju Korporat KPY USIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Maaf lah, agak lama blog ini terbiar, maklumlah pihak admin agak sibuk dengan pengajian dan aktiviti masing masing. Namun tak mengapa, insyaAllah kami masih akan cuba yang terbaik untuk mengisi blog ini dengan pelbagai maklumat di masa akan datang.

Bagi yang masih belum mengetahui, insyaAllah tidak lama lagi kelab penyayang akan tampil dengan baju korporat yang tersendiri untuk menonjolkan identiti Kelab Penyayang USIM.

Berikut merupakan gambar bagi baju korporat yang akan menjadi identiti bagi ahli Kelab Penyayang USIM.




Selain itu, insyaAllah, Kelab Penyayang USIM juga bakal membuka peluang kepada pelajar pelajar yang berminat untuk menjadi ahli Kelab Penyayang USIM. Tarikh dan masa akan di maklumkan kemudian. Bagi pelajar yang berminat, lebih lebih lagi yang mempunyai sifat penyayang, moh la join kami di sini. Kehadiran anda amatlah dialu-alukan. 

Tuesday 5 March 2013

~UNIT KERJAYA~

Alhamdullilah tadi group kerjaya pun sudah selesai perbincgn untuk program kpy usim ..antara program yg dirancang :
1- lawatn ke Otai burger