Followers

Monday 30 December 2013

Salam Imtihan & Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum w.b.t
Salam Penyayang, Salam Imtihan,
Sempena Minggu Peperiksaan ini, kami warga Kelab Penyanyang USIM (KPY USIM) ingin mengucapkan selamat menempuhi peperiksaan akhir semester kepada semua pelajar Universiti Sains Islam Malaysia dan juga pelajar pelajar universiti lain yang turut menghadapi peperiksaan akhir semester. 
Semoga diberi kemudahan & ketenangan semasa menjawab peperiksaan. InsyaAllah.
Remember!!! Knowledge not just for examination but four five six seven eight nine ten till infinity!!! All the best for you guys!!!


Disamping itu, kami dari warga KPY USIM juga ingin mengambil peluang mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014. Semoga tahun 2014 adalah lebih baik daripada tahun 2013 dan semoga segala ibrah dapat diambil daripada hari-hari di sepanjang 2013. :)


p/s: baru sedar yang sem ni ambil masa setahun untuk habiskan final sem exam. kikiki. banyak sangat gap sampai tahun depan baru habis exam. hehe. btw, harapnya bila "banyak sangat" gap tu boleh lah cover balik study yang satu sem tu yek. ;)

Monday 23 December 2013

Majlis Penyerahan Sijil Watikah Perlantikan Kelab Penyayang USIM

Pada 11 Disember 2013 lalu, telah berlangsungnya majlis penyerahan sijil dan watikah perlantikan Kelab Penyayang USIM bagi sesi 2013/2014 di DKF 1.2 FKP. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah dilantik dan selamat menjalankan tugas. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli KPY USIM yang turut menghadiri bagi memeriahkan majlis ini. Tidak lupa juga ucapan beribuan terima kasih kepada YDP USIM, Azmil Abu Seman kerana sudi meluangkan masa bagi majlis perlantikan ini. 








Barisan kepimpinan baru Kelab Penyayang USIM





Rasulullah s.a.w bersabda:”setiap orang di antaramu adalah pemimpin dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya, seorang imam adalah pemimpin atas umatnya, dan dia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas isteri dan keluarganya. (H.R. Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi ). 


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah: Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda: Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu. (H.R. Muslim)


Pesta Konvokesyen USIM kali ke 11

Alhamdulillah pada 28 November hingga 1 Disember yang lalu, Pesta Konvokesyen USIM telah diadakan di hadapan perkarangan Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM. Bersempena dengan pesta konvokesyen itu, Kelab Penyayang USIM tidak melepaskan peluang untuk turut serta membuka booth bagi membuka peluang kepada para pelajar yang berminat untuk mengenali KPY USIM dengan lebih dekat dan mendaftarkan diri sebagai ahli Kelab Penyayang.








Selain pendaftaran, beberapa permainan atau aktiviti ringan juga diadakan bagi menarik perhatian para pengunjung yang datang. Antaranya ialah teka gula-gula dalam botol.


Naib Canselor USIM, juga tidak melepaskan peluang untuk melawat booth KPY USIM bersama Timbalan Naib Canselor. Terima kasih diucapkan kerana sudi melawat booth kami disamping memberikan pelbagai pendapat dan cadangan untuk penambahbaikan kelab ini. Kehadiran para pensyarah bersama ahli keluarga juga amat dihargai bagi turut memeriahkan booth ini. 
























Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada para ahli kelab penyayang yang sporting dan sudi meluangkan masa bagi menjaga booth Kelab Penyayang USIM ketika Pesta Konvokesyen ke 11. InsyaAllah, jumpa lagi di pesta konvokesyen ke 12 pada tahun hadapan! ;)