Followers

Pengenalan


Penghargaan

  • PENYAYANG menghargai setiap dermawan yang menyumbang terhadap kejayaannya. Hanya melalui sokongan dan bantuan dermawan yang budiman dan prihatin sahaja objektif PENYAYANG dapat dijayakan.


Visi


Berganding Bahu Mengharungi Rintangan


  • PENYAYANG akan menempuh bersama golongan yang kurang bernasib baik dengan penuh prihatin, belas kasihan, simpati dan terus berjuang untuk hari esok yang lebih gemilang.


  • PENYAYANG dengan segala upayanya akan cuba untuk meringankan penderitaan dan memangkin kejayaan individu dari segi fizikal dan psikologi, agar semua rakyat Malaysia mampu membina impian dan merealisasikannya.

Pegangan Prinsip

Falsafah

  • Falsafah PENYAYANG adalah untuk membantu individu atau kumpulan-kumpulan yang dikenalpasti mengembangkan potensi mereka supaya menjadi warganegara yang produktif dan bertanggungjawab melalui sokongan dan bantuan yang bersesuaian.


Komitmen


  • PENYAYANG dengan penuh hemat akan mengagihkan dana yang disumbangkan oleh dermawan yang budiman untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia yang memerlukan, seiring dengan usaha membantu mereka meningkatkan potensi mereka sebagai rakyat yang produktif dan bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment