Followers

Monday 31 March 2014

Jalinan Mahabbah USIM

Alhamdulillah, pada 29 March 2014 Kelab Penyayang Usim telah berjaya mengadakan sebuah program bertajuk “Jalinan Mahabbah USIM” yang bertempat di Pusat Komersial USIM. Program ini telah disertai lebih kurang 40 orang peserta yang juga merupakan ahli baru KPY USIM. Dengan berobjektifkan mengeratkan silaturrahim dan menjalin ukhuwah di antara ahli baru dan juga ahli lama KPY, pelbagai aktiviti menarik telah dilakukan.

Terisi dengan 3 LDK dan permainan explorace, para peserta kelihatan amat seronok disamping dapat mentarbiah diri melalui pelbagai aktiviti yang di lakukan. Aspek kerjasama dan kepercayaan juga benyak diterapkan di dalam setiap ahli kumpulan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. Semangat juga dapat dilihat ketika program ini sedang berlangsung lebih lebih lagi apabila hujan lebat ketika explorace. Para peserta masih bersemangat walaupun telah basah lencun. Semoga semangat ini terus membakar bagi meneruskan perjuangan Kelab Penyayang dan juga di dalam hidup masing masing. Walaupun pelbagai halangan yang dihadapi sesukar mana pun ia, teruskan lah semangat juang, seperti kata salah seorang peserta,
“Tak pe, ni cabaran” –Munirah, 22, Fiqh Fatwa.
Setiap kumpulan dibahagikan mengikut symptom penyakit seperti Batuk, Kepala Teleng, Kaki Tempang, Mulut Senget, Parkinson dan sebagai nya.






Kak Rahmah, bekas Timbalan Presiden Kelab Penyayang USIM juga turut serta bagi memeriahkan program. 

Tiup jangan tak tiup, cari sampai dopek gula gula tu.

Akak akak urusetia program.


Masih mampu buat peace even penat berexplorace. Peace.

Acara "Merejam Belon Air" kepada pasukan yang kalah dalam permainan "City Hunter, Women, Tiger"


"Haiyyahhh!" Boling padang. 

Ni game apa pun saya tak tahu nama dia, tapi memang susah bagi orang yang kurang sabar. Huhu.

Presiden KPY bersama Exconya, Nur Arif dan Ayadi Aiman.

Permainan susun ayat dalam bahasa arab.


Trademark - "Renung-renungkan dan selamat beramal".

Nah, tiup sampai dapat bedak extra. Kiki.

Antara peserta lelaki melayu yang terakhir, nak jadi korean dah sikit. 
Akak urusetia takut kene baling dengan belon air sampai menggigit jari. Haha.
Lari jangan tak lari!!

Peace.

Usaha tangga kejayaan.


Bersedia untuk "City Hunter, Woman, Tiger"

Cina buta sedang mencari jalan pulang. 


Para peserta dikehendaki memperkenalkan ahli kumpulan masing masing.

Amboi.

Peace. ;)

Antara peserta lelaki.











Tu nak buat apa belon banyak banyak tu? Tamak nau.


Seronoknya presiden kita.

Exco Akademik dan Motivasi, Sayuthi






Ececeh..jalan baik baik sikit, kang jatuh kang. Hihi.









Tidak lupa juga, para peserta diberikan amanah untuk mendapatkan tandatangan dari pihak urusetia yang mempunyai jawatan dalam Kelab Penyayang, USIM supaya mereka kenal barisan tertinggi dan barisan kepimpinan kelab yang mereka sertai.

Minta sign dari presiden kpy usim

Alhamdulillah, di akhir program ini kami dapat melihat program ini berjaya mencapai objektif bagi menerapkan sifat sifat kerjasama di samping membina kekuatan bagi mewujudkan satu pasukan yang kuat untuk menerajui Kelab Penyayang USIM di masa hadapan. Ingat, bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.


“Alhamdulillah, program ni best sangat. Paling best masa explorace yang check point dekat library tu. Time tu kene berjalan sambil tutup mata, masyaAllah baru tahu betapa besarnya nikmat yang Allah bagi. Lepas main tu, bila bukak kain penutup mata memang rasa bersyukur sangat sebab masih diberi nikmat melihat.” –Aisyah, 21, Quran Multimedia .