Bismillahirrahmanirrahim.. Allahumma
Solli a’la Saiyidina Muhammad..
Assalamualaikum wbt…Alhamdulillah
setinggi-tinggi kita panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana telah memberi kita
peluang untuk berpijak di muka bumi Allah lagi, Diberi peluang untuk menikmati segala
nikmat yang Allah berikan kepada kita pada hari ini dan untuk hari-hari seterusnya.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat pimpinan dan ahli-ahli aktif yang terlibat dan
memberi komitmen yang jitu dalam menjayakan perkampungan
KPY 2015 yang dianjurkan oleh Majlis Tertinggi KPY bertempat bilik Tayangan,
DKF 1.2 FKP USIM pada Sabtu (7/3/2015) dan Ahad (8/3/2015).
Hari
pertama Sabtu (7/3/2015) iaitu dengan slot “ice Breaking” yang dipimpin oleh salah seorang ahli
alumni kpy. Alhamdulillah banyak ilmu dan ternik-teknik baru untuk
mengendalikan LDK yang dikongsikan bersama beliau.
Hari kedua dimulakan
dengan slot komunikasi berkesan iaitu sambungan daripada aktiviti semalam
7/3/2015.
Slot kedua di hari kedua
perkampungan Kelab Penyayang Usim 8/3/2015 menampilkan jemputan khas mantan mpp
usim sesi 2013/2014 saudari Nurul Syakirin Ahmad Najid & saudari Reyhan
Nasier...membincangkan tajuk pelaksanaan & keberkesanan gerak kerja yang
terancang.
Slot terakhir program
perkampungan Kelab Penyayang Usim 8/3/2015...Slot ini telah di conduct oleh
mantan Nadi Thaqafah Fpbu iaitu saudara Naim Selangor...dengan membincangkan
tajuk budaya sentiasa bersedia.
Objektif Perkampungan KPY
1. Tujuan utama perkampungan ini
diadakan adalah untuk mengeratkan ukhwah antara kita sesama pimpinan dan
ahli-ahli aktif. Ini kerana mereka merupakan batu asas terpenting dalam
sesebuah organisasi supaya mampu beroperasi dan bekerjasama dalam
merealisasikan misi dan visi KPY itu sendiri. Dengan ukhwah ini kita dapat
lihat tiadalah bezanya diantara mereka yang berjawatan tinggi atau berjawatan
rendah atau mungkin tidak berjawatan didalam menggerakkan kemudi KPY itu
sendiri.
2. Program ini juga
diharapkan dapat mencapai matlamat budaya kerja yang terancang dan sistematik
melalui panel-panel yang kami tampilkan utk berkongsi pengalaman mereka dalam
mengatur sesebuah persatuan supaya bergerak teratur dan lebih terurus.
Diharapkan agar KPY terus maju kehadapan dengan sokongan kalian.
3. Moga program ini dapat
memberi kesedaran bahawasanya amanah yang dipikul ini adalah amanah yang berat
bukan amanah yang hanya " melepaskan batuk ditangga". Sekali kita
telah ditaklifkan, kita perlu selesaikan sehingga ke penghujungnya.
Sebuah masyarakat yang melahirkan individu yang lemah, hanya akan menghasilkan sebuah masyarakat yang lemah. Sebaliknya, masyarakat yang terdiri daripada individu-individu yang berkualiti akan mampu melakukan islah dalam ertikata yang sebenar. Inilah sebagaimana yang digambarkan oleh Allah S.W.T dalam firmannya:
"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum melainkan mereka merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Ar- Rad’u : 11)
Dipihak kami memohon maaf
sekiranya terdapat kekurangan dan kekhilafan sepanjang program ini dijalankan.
Sesungguhnya yang baik itu
datangnya daripada Allah dan buruk itu datang daripada diri kami sendiri.
Semoga program ini dapat menaikkan
semula semangat kalian di semester baru ini untuk membawa nama KPY ke satu arah
yang lebih baik.
Wallahu taala a'lam.
No comments:
Post a Comment